Friday, January 10, 2020

Cara guna mesin kopi Dolce Gusto Lumio buat pertama kali

Untuk menggunakan mesin kopi Dolce Gusto Lumio buat pertama kali, mesin ini hendaklah dilakukan operasi pembersihan terlebih dahulu.

Langkah 1


Tanggalkan plastik pelekat kuning beserta pelekat lutsinar di bahagian kiri dan kanan mesin bagi membolehkan tangki air ditanggalkan.



Langkah 2

 Isikan air dan pasang pada mesin



Langkah 3
Pasang bekas kapsul dan pastikan di dalam bekas tersebut terdapat plastik putih seperti gambar di bawah. Jika tiada cari dan pasang di dalam bekas tersebut




Langkah 4


Pasang plug dan tolak suis ke atas atau ke bawah agar Led hijau berada di tengah tengah level air (LED di bawah Nescafe Dolce Gusto).Suis ni macam roller. Boleh tolak ke atas atau ke bawah. Kemudian tolak tuil atas ke kiri.( yang ada warna biru dan merah). Jangan lupa letak mug di bawah dulu yea. Setelah selesai ulangi langkah ini tetapi tolak tuil ke kanan pula yea. Tolak ke kanan dan lepaskan. Setelah selesai, buang air di dalam mug. Langkah pembersihan permulaan telah selesai. Mesin sedia digunakan







Operasi Nyah Kotak Dolce Gusto Lumio

Pada mulanya saya berasa ragu-ragu untuk membeli mesin kopi ini memandangkan kopi ini memerlukan kapsul pakai buang. Namun apabila melihat hasil kopi di Internet saya akhirnya memesan mesin ini jenis Lumio bersama 6 kotak kapsul daripada Lazada.

Baru sampai


Mesin Dolce Gusto bersama 6 kotak kapsul pelbagai jenis kopi

lapisan pertama yang hitam tu ialah tempat kapsul dimasukkan untuk dipasang pada mesin

Bekas untuk kapsul



Manual


Mesin kopi bersama sebahagian kapsul

Di datangkan dengan kabel plug berwarna merah

Nila mesin kopi jenis Lumio

Cara masukkan bekas kapsul

ada 6 kotak kapsul

Sekian sahaja dari saya bagi yang berminat untuk membeli bolehla ke link ini di Lazada.